Kemalangan basikal lajak Johor Bahru

Pada kira-kira 3 pagi, 18 Februari 2017, satu kemalangan jalan raya berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor, yang melibatkan sebuah kereta merempuh sekumpulan orang kanak-kanak dan remaja yang sedang berlumba dengan sejenis basikal terubah suai (basikal lajak), menyebabkan lapan penunggang basikal terkorban, dua orang cedera parah dan enam lagi cedera.[1]Insiden ini mendapat perhatian ramai, dan menimbulkan kebimbangan tentang isu "basikal lajak" dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, insiden ini turut menerbitkan satu dilema persalahan besar, yakni siapa yang patut dipersalahkan dalam kejadian ini— sama ada suspek atau pihak penjaga kanak-kanak terlibat, dengan banyak rakyat lebih menyalahkan ibu bapa atas kecuaian penjagaan. Apapun begitu, suspek, Sam Ke Ting, disabitkan kesalahan memandu secara berbahaya, dengan denda RM6,000 dan hukuman penjara enam tahun, setakat April 2022.[2]

Kemalangan basikal lajak Johor Bahru

Lokasi Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru
Hukuman Denda RM6,000 dan hukuman penjara enam tahun
Tarikh 18 Februari 2017 (2017-02-18)
Masa Kira-kira 3 pagi
Koordinat 1°27′55″N 103°44′52″E / 1.4652°N 103.7478°E / 1.4652; 103.7478
Tuduhan Pemanduan berbahaya hingga menyebabkan kematian
Kematian 8
Keputusan Didapati bersalah
Suspek 1 (Sam Ke Ting)
Kecederaan 2 parah, 6 cedera lazim